Jumaat, 21 Januari 2011

SETEM

KOLEKSI SETEM


2 Album setem saiz besar dan 2 Album setem saiz kecil..full!


INFO TENTANG SETEM
Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya berbentuk helaian kertas segiempat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.

SEJARAH SETEM

Setem pemposan julung kali diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840 sebagai sebahagian rombakan perkhidmatan pos pimpinan Rowland Hill. Oleh itu yuran pos mula dibayar oleh pengirim dan bukannya penerima seperti sebelum itu, namun mengirim secara prabayar bukanlah wajib. Setem pos pertama, Penny Black julung kali dikeluarkan pada 1 Mei bagi kegunaan mulai 6 Mei, dan dua hari kemudian, Two pence blue, dengan ukiran Ratu Victoria yang muda, merupakan kejayaan besar, namun penapisan seperti tebukan tepi hanya digunakan bagi setem yang diterbitkan tidak lama kemudian.

Negara-negara lain turut mencontohi UK dengan memakai sistem setem; Kanton Zürich di Switzerlandrappen Zurich; meskipun Penny Black boleh digunakan untuk menghantar mana-mana surat yang beratnya kurang 15 gram dalam United Kingdom, perkhidmatan pos Switzerland masih mengira kadar pos berdasarkan jarak pengiriman. Brazil mengeluarkan setem Mata Lembu (Bull's Eyes) pada tahun 1843, menggunakan mesin cetak yang sama seperti yang digunakan untuk Penny Black. Kerajaan Brazil memilih rekabentuk abstrak dan bukannya gambar Maharaja Pedro II agar imej baginda tidak dicacatkan oleh cop pos. Pada tahun 1845 sebilangan pegawai pos di Amerika Syarikat menghasilkan setem sendiri, tetapi setem yang pertama kali dikeluarkan secara rasmi muncul pada tahun 1847, dengan setem 5 dan 10 sen yang menampilkan potret Benjamin Franklin dan George Washington. Sebilangan negara lain mengeluarkan setem sendiri pada akhir 1840-an, tetapi banyak lagi negara lain memulakan sistem setem pada 1850-an dan menjelang 1860-an kebanyakan negara di dunia sudah menghasilkan setem pos. 

Semenjak lahirnya setem pos di United Kingdom bilangan surat yang dikirim naik mendadak dari 82 juta pada tahun 1839 ke 170 juta pada tahun 1841. Hari ini purata 21 bilion benda dikirim melalui pos setiap tahun di UK sahaja.

Apabila kita menggunakan setem, pernahkah kita terfikir apakah sebenarnya peranan setem yang digunakan itu. Kebanyakkan kita menganggap setem hanyalah bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan untuk membolehkan surat berkenaan dapat diserahkan kepada penerima. Tetapi sebenarnya setem tersebut dapat memainkan peranan yang lebih penting dari apa yang kita jangkakan. 

Bagi peminat setem atau ahli filateli, setem dapat mewujudkan persefahaman antarabangsa bagi membolehkan ianya digunakan untuk mengabadikan sesuatu peristiwa yang penting. Sebagai contoh, bagi sambutan ulang tahun ke-50 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih daripada 100 buah negara, termasuk Malaysia telah mengeluarkan setem kenang-kenangan bagi memperingati penubuhan badan tersebut.

Di samping itu, setem juga dapat digunakan untuk memberi gambaran tentang sesebuah negara berhubung dengan bahan-bahan sejarah dan kesenian, acara-acara sukan dan persidangan yang diadakan dan lain-lain. Setem juga adalah merupakan 'an open window onto the world' di mana pada setiap setem yang dikeluarkan oleh mana-mana negara, akan terdapat nama dan unit matawang negara berkenaan.

Apabila kita mengirim surat melalui pos, setem yang digunakan adalah merupakan satu item yang paling menarik oleh kerana penggunaan warna dan rekabentuknya yang pelbagai rupa. Dengan itu, sewajarnya setem diterima pakai bukan sahaja untuk penghantaran mel tetapi juga sebagai salah satu cara untuk memperingati sesuatu peristiwa atau mesej yang penting.


extra Setem pelbagai dari dalam dan luarnegara.

 
Koleksi Setem, tak ada album..semua full. Terpaksa beli album setem baru...(^__^)

Setem ni antara setem yang paling saya sayang. Tahun tidak ditulis pd setem ini..sesiapa yang tahu tentang setem ini boleh komen.  Nak bagi tengok anak-anak saya bila mereka da besar kelak. HARGA SETEM: Setem ini dikategorikan sebagai SETEM RARE, menurut penjual setem spt ini di mudah.my. Harga setem: RM250 tapi ada jg yg jual 5 PCS/RM25...hehe..

Belia Benci Dadah......!

Setem segiempat..satu saja dalam koleksi saya.

Antara Setem paling panjang...yg ada dlm koleksi saya.

















Unik, setem menunjukkan nama2 planet

very nice n unik stamp

Kalaulah korang blh pegang setem ini, korang blh rasakan kelainan di tengah2 setem ini. (^_^)


BERITA SETEM 1

MUBARAK menunjukkan setem uniknya yang dibingkaikan bersama sampul asal di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, sekeping setem keluaran 1967 dan dulunya hanya berharga 15 sen kini mahu dijual RM1.5 juta.

Setem itu juga dianggap unik di Malaysia kerana tidak mempunyai tanda harga.
Pemiliknya, Mubarak Ali O.A Rajak, 56, berkata, beliau berhasrat membuka tawaran menjual setem tersebut kepada individu atau mana-mana badan korporat yang berminat.
Menurutnya, berdasarkan penelitian daripada beberapa pihak termasuk daripada pihak Muzium Negara, Arkib Negara dan Pos Malaysia, nilai setem yang berusia 41 tahun itu kini semakin tinggi dan dianggarkan mencecah hingga RM5 juta.
Bagaimanapun beliau berhasrat menjual setem itu pada harga yang jauh lebih rendah berbanding anggaran asal dengan harapan setem tersebut tidak ‘terkeluar’ dari negara ini.


“Setem ini merupakan salah satu khazanah dan warisan negara ini kerana ia digunakan sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah iaitu Sultan Pahang keempat,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Beliau mendakwa memperoleh setem itu ketika bapanya yang merupakan seorang peniaga menerima sepucuk surat dari Bank Standard Chartered dan mendapati setem itu tidak mempunyai tanda harga.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat membeli setem unik itu boleh menghubunginya di talian 012-3366786.

BERITA SETEM 2

AHMAD FUSHAIRI (kanan), isterinya; Rosina Karim (kiri) sentiasa menyokong minat anak mereka Ahmad Fahmi (dua dari kanan). Di sebelah Ahmad Fahmi ialah Ahmad Firdaus.


Kosmo, 17 Mac 2011
Fahmi menjelaskan, dia mula berjinak-jinak dengan hobi itu semasa umurnya tujuh tahun. Apabila kerap mendengar cerita mengenai destinasi menarik, bangunan dan haiwan, dia semakin obses untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.

"Setiap kali saudara-mara bercerita, saya akan membayangkannya. Dari situ timbul minat untuk mengetahui keadaan sebenar," katanya petah.

Tambahan pula kesudian ibu saudaranya, Rafidah Ahmad Syafie, 30, memberikan antara koleksi buku setemnya membuatkan Fahmi terfikir, jika dia tidak mampu melawat setiap destinasi menarik di dunia, lebih baik dia mengumpul setem.

Azam dan minat itulah yang mendorongnya mengumpul setem-setem yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia dan menjadi salah seorang ahli SODA (Akaun Deposit Arahan Tetap) sejak tahun lalu.
Kelebihan yang dimiliki itu membolehkannya mendapatkan setem-setem dan produk filateli lain Pos Malaysia tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari keluarannya.

"Menjadi ahli SODA begitu istimewa kerana setem dihantar terus ke rumah. Tidak perlu penat-penat beratur panjang," ujarnya yang berpendapat setem Malaysia mempunyai kelebihannya tersendiri.

Dia merujuk kepada siri setem kartun Kampung Boy yang disifatkannya sebagai unik. Kanak-kanak itu nyata menghargai senario santai masyarakat kampung seperti permainan tarik nipah, main guli, main baling selipar dan tenteng.

"Walaupun saya jarang bermain dengan permainan itu tetapi setidak-tidaknya saya tahu aktiviti yang pernah bapa saya lakukan ketika membesar di kampung," ujarnya yang memiliki setem dan sampul hari pertama berserta tandatangan Datuk Mohd. Nor Khalid atau Lat.

RAJA ZAHABUDDIN berpendapat setem masih relevan pada zaman ini.
Pandangan itu turut dipersetujui oleh seorang lagi peminat setem, Prof. Datuk Raja Zahabuddin Raja Yaacob. Beliau merupakan Dekan Fakulti Teknologi Seni Lukis dan Seni Reka Industri, Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Jelas beliau, apabila sesuatu setem dikeluarkan ia disertakan dengan katalog bagi menceritakan sejarah dan makna di sebalik penghasilan setem itu.

Misalnya, pakaian masyarakat Melayu khasnya tengkolok (destar), ia bukan sahaja dianggap sebagai aksesori atau penghias kepala bahkan mencerminkan sesuatu simbol.

"Tengkolok Diraja yang dipakai oleh sultan-sultan di Malaysia merupakan satu keunikan budaya masyarakat Melayu di negara ini. Malah, terdapat pelbagai bentuk ikatan tengkolok. Antaranya ialah ikatan Anak Gajah Menyusu, Lang Menyusur Angin dan Dendam Tak Sudah.

"Kesemua ini bertujuan dalam meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang ramai terutama generasi muda," jelasnya yang juga merupakan salah seorang pereka setem di Malaysia.
Selain itu, beliau melihat mobiliti setem dari satu tempat ke satu tempat sebagai duta bagi sesebuah negara.

"Mungkin bagi kebanyakan orang setem hanyalah kepingan kertas kecil yang ditampal di bahagian atas sampul surat dengan nilai 30 sen, 50 sen atau RM1. Malah tidak salah sekiranya dikatakan mereka hanya menganggap ia sebagai pelengkap proses penghantaran.

"Namun sebenarnya setem itu adalah seni miniatur yang diiktiraf. Keunikan yang ada padanya mampu memberikan gambaran kepada masyarakat luar terhadap negara kita. Sekiranya diamati, ia turut memberi faedah sebagai agen pelancongan," tambah bekas Pensyarah Seni Reka Grafik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu.

Aktiviti kelab filateli menurut beliau, bertindak sebagai satu alat perhubungan sosial yang luas khususnya di antara komuniti peminat dan pengumpul setem. Terdapat hampir 200 negara seluruh dunia yang mengeluarkan setem negara masing-masing. Sebagai peminat setem, mereka pasti terdorong untuk mengetahui variasinya.

Pemilik koleksi setem potret keluarga kerabat diraja British itu memberitahu, beliau pernah disindir oleh beberapa rakannya yang menganggap setem kurang bernilai pada era teknologi. Namun, Raja Zahabuddin mempunyai pandangan tersendiri.

"Setem mempunyai peminatnya yang sendiri di seluruh dunia. Sedar atau tidak, penggunaan setem masih diperlukan dalam aktiviti pengeposan terutama surat rasmi.

"Menerima sepucuk surat yang bersetem memiliki nilai kenangan yang lebih mendalam daripada penggunaan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mel," kata beliau. Bak kata pepatah, lain padang lain belalangnya, lain orang lain pandangannya. Penggiat hobi tersebut, Datuk Anuar Bashah Mohd. Sahore mempunyai pandangan tersendiri.

1 ulasan:

nuraz berkata...

adakalanya hobi ini boleh menjana pendapatan yang lumayan. bak kata orang. makin lama, makin tinggi
nilai sejarahnya makin mahal pula nilai jualannya