HOBI - SETEM


KOLEKSI SETEM


2 Album setem saiz besar dan 2 Album setem saiz kecil..full!

430 Keping setem ini saya nak jual dengan harga RM40. Setem pelbagai,dalam dan luarnegara. Berminat, sms sy.

Koleksi Setem, tak ada album..semua full. Terpaksa beli album setem baru...(^__^)

Setem ni antara setem yang paling saya sayang. Tahun tidak ditulis pd setem ini..sesiapa yang tahu tentang setem ini boleh komen. Nak jual? Tak pasti harganya...tp rasanya tak nak. Nak bagi tengok anak-anak saya bila mereka da besar kelak. HARGA SETEM: Setem ini dikategorikan sebagai SETEM RARE, menurut penjual setem spt ini di mudah.my. Harga setem: RM250

Belia Benci Dadah......! Mama pun benci dadah juga.

Setem segiempat..satu saja dalam koleksi saya.

Antara Setem paling panjang...yg ada dlm koleksi saya.













Unik, setem menunjukkan nama2 planet

very nice n unik stamp

Kalaulah korang blh pegang setem ini, korang blh rasakan kelainan di tengah2 setem ini. (^_^)


Jika perhatikan setem satu persatu, anda boleh nampak keunikan pada setiap setem itu...apabila saya melihat ADS di ebay, mudah.com dan mana-mana ruang pengiklanan, harga sekeping setem lama boleh mencecah RM30/PCS atau lebih. Wow, kayalah sesiapa yg ada koleksi setem lama..hehe. Tak pernah saya terfikir untuk jual setem2 saya ini...tp ingin mensambah koleksi yang sedia ada.

INFO TENTANG SETEM

Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya berbentuk helaian kertas segiempat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.



SEJARAH SETEM

Setem pemposan julung kali diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840 sebagai sebahagian rombakan perkhidmatan pos pimpinan Rowland Hill. Oleh itu yuran pos mula dibayar oleh pengirim dan bukannya penerima seperti sebelum itu, namun mengirim secara prabayar bukanlah wajib. Setem pos pertama, Penny Black julung kali dikeluarkan pada 1 Mei bagi kegunaan mulai 6 Mei, dan dua hari kemudian, Two pence blue, dengan ukiran Ratu Victoria yang muda, merupakan kejayaan besar, namun penapisan seperti tebukan tepi hanya digunakan bagi setem yang diterbitkan tidak lama kemudian.

Negara-negara lain turut mencontohi UK dengan memakai sistem setem; Kanton Zürich di Switzerlandrappen Zurich; meskipun Penny Black boleh digunakan untuk menghantar mana-mana surat yang beratnya kurang 15 gram dalam United Kingdom, perkhidmatan pos Switzerland masih mengira kadar pos berdasarkan jarak pengiriman. Brazil mengeluarkan setem Mata Lembu (Bull's Eyes) pada tahun 1843, menggunakan mesin cetak yang sama seperti yang digunakan untuk Penny Black. Kerajaan Brazil memilih rekabentuk abstrak dan bukannya gambar Maharaja Pedro II agar imej baginda tidak dicacatkan oleh cop pos. Pada tahun 1845 sebilangan pegawai pos di Amerika Syarikat menghasilkan setem sendiri, tetapi setem yang pertama kali dikeluarkan secara rasmi muncul pada tahun 1847, dengan setem 5 dan 10 sen yang menampilkan potret Benjamin Franklin dan George Washington. Sebilangan negara lain mengeluarkan setem sendiri pada akhir 1840-an, tetapi banyak lagi negara lain memulakan sistem setem pada 1850-an dan menjelang 1860-an kebanyakan negara di dunia sudah menghasilkan setem pos. menghasilkan setem 4 dan 6
Semenjak lahirnya setem pos di United Kingdom bilangan surat yang dikirim naik mendadak dari 82 juta pada tahun 1839 ke 170 juta pada tahun 1841. Hari ini purata 21 bilion benda dikirim melalui pos setiap tahun di UK sahaja.


BERITA SETEM

MUBARAK menunjukkan setem uniknya yang dibingkaikan bersama sampul asal di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, sekeping setem keluaran 1967 dan dulunya hanya berharga 15 sen kini mahu dijual RM1.5 juta.

Setem itu juga dianggap unik di Malaysia kerana tidak mempunyai tanda harga.
Pemiliknya, Mubarak Ali O.A Rajak, 56, berkata, beliau berhasrat membuka tawaran menjual setem tersebut kepada individu atau mana-mana badan korporat yang berminat.
Menurutnya, berdasarkan penelitian daripada beberapa pihak termasuk daripada pihak Muzium Negara, Arkib Negara dan Pos Malaysia, nilai setem yang berusia 41 tahun itu kini semakin tinggi dan dianggarkan mencecah hingga RM5 juta.
Bagaimanapun beliau berhasrat menjual setem itu pada harga yang jauh lebih rendah berbanding anggaran asal dengan harapan setem tersebut tidak ‘terkeluar’ dari negara ini.


“Setem ini merupakan salah satu khazanah dan warisan negara ini kerana ia digunakan sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah iaitu Sultan Pahang keempat,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Beliau mendakwa memperoleh setem itu ketika bapanya yang merupakan seorang peniaga menerima sepucuk surat dari Bank Standard Chartered dan mendapati setem itu tidak mempunyai tanda harga.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat membeli setem unik itu boleh menghubunginya di talian 012-3366786.

Setem Oh Setem!!